Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

Blog

Isnin

Kebaikan Dan Keburukan Lynas

Assalamualaikum.Kemarin (26.2.2012) himpunan Hijau 2.0 telah diadakan untuk menghentikan Lynas.

Tadi,saya telah ditanya oleh seorang sahabat yang lebih selesa dipanggil LADJUN.Hari ini saya ingin berkongsi artikel tentang LYNAS.
Mari kita berlaku ADIL,mari kita lihat apa sebenarnya kegunaan Lynas ini.Saya dapat fakta dari ariffshah.com.


Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.
Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia.


China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.
Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia,dilihat akan menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini mungkin antara sebab kilang tersebut diluluskan dan dibuka.


Oke..itu yg kebaikanya..sekarang nie..aku nak beritahu anda semua,apa kelemahan projek ni daripad mata seorang remaja yg akan masuk 18 Tahun pada bulan Mac nanti.
Aku tulis dalam bentuk point2 kelemaha Lynas agar anda tidak terlalu bosan untuk membaca.Jangan malas membaca nanti rugi sendiri.

-Keputusan untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat secara diam2.Org Pahang sendiri tidak tahu lesen itu diluluskan,kami di Sabah lagilah tak tahu.

-Salah satu sebab yg kita selalu diajar juga:,
BILA ADA KILANG BARU,ADALAH PELUANG PEKERJAAN BARU.Malangnya,kilang ini hanya menawarkan sebanyak 350 org pekerja sahaja.

-Rasanya mesti kamu marah dengar ni benda.
Kilang ini diberi Pengecualian cukai selama 12 Tahun.
Bayangkan..Berapa bnyak kilang Australia ini untung?12 Tahun bha tu.Rasanya memang satu tindakan yang sangat tidak tepat.

-Seterusnya,Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.Dahlah 12 tahun x bayar cukai,sisanya bagi kat org Malaysia?apa benda nie?memang x patut.



-Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

-Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.





Kesan Buruknya terhadap penduduk kawasan Kilang tersebut:
-Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
-Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

-Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
-Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
1.Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

2.Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.


3.Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.


Kesimpulanya,Aku melihat Projek ini memang memberi lebih banyak IMPAK yg negatif kepada rakyat Malaysia.Sekiranya Program ini hendak diteruskan,saya rasa KILANG tersebut perlu dipindahkan sekurang2nya 35 Kilometer minimun seperti yg digariskan oleh kerajaan Australia.Sekiranya ini x berlaku,bersiap sedialah untuk menerima kesanya.

INI ADALAH VIDEO DARI MAMAT AUSTRALIA,CUBA FIKIR MESEJ YANG HENDAK DIA SAMPAIKAN.



Tujuan aku tulis benda nie adalah:
1.Jawab soalan c Ladjun.
2.Aku nak korang tahu apa sebenarnya Lynas tu.
3.Sila berfikir masak2.
4.Saya tolak Lynas,Anda Bagaimana?

Copy dan Paste dibenarkan.Kalau anda baik,bagilah kredit kepada blog ni.Kalau x bagi,x mengapalah copy dan paste sahaja untuk sampaikan benda nie..:D

3 ulasan:

hakim berkata...

terima kasih untuk point ni,aku guna untuk informative public speaking.STOP LYNAS!

Unknown berkata...

ok tq utk info ni..

Unknown berkata...

info berguna tapi color font dengan background sama. Susah nak baca

Sembang


Team Fhaba Design by Rahman | Fhaba Team | © 2012